Tiada sebarang pertindihan tugas mahupun bidang kuasa di antara Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dengan Menteri Agama, Idris Ahmad.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri di Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad yang menafikan berlaku sebarang pertindihan kuasa ataupun bidang tugas.
Idris menjelaskan bahawa beliau hanya menjalankan tugas-tugas pentadbiran bagi kerajaan dan bukannya penasihat Perdana Menteri.
“Penasihat agama ini mungkin ada bidang yang lain dan dia dilantik oleh Perdana Menteri sendiri,” katanya ketika ditemui selepas melepaskan 228 jemaah Umrah Amal dari Kuala Lumpur ke Madinah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hari ini.
Sumber: Malaysia Gazette |
Pada Sabtu lalu, media melaporkan Datuk Seri Jamil yang merupakan Pengerusi UMNO Negeri Kedah telah dilantik sebagai penasihat agama kepada Perdana Menteri.
Mengulas lanjut, Idris yang juga Naib Presiden Pas itu berkata, pelantikan penasihat kepada Perdana Menteri bukanlah sesuatu yang baharu.
“Sejak dulu lagi sudah ada,” katanya lagi.
Jamil Khir sebelum ini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam ketika era pentadbiran kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
0 Comments