Syed Saddiq dihentam kerana menyokong Nizar Razak, Tony AirAsia dan 55 elitis

 


Beberapa hari lepas Syed Saddiq menaikkan tweet tentang sokongan terhadap Nizar Razak yang mencadangkan sebuah platform yang dinamakan "Better Malaysia Assembly" untuk berbincang, berbahas dan mengemukakan idea-idea dan syor kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Di dalam tweet tersebut Syed Saddiq menjawab sebuah tweet yang mengecam tindakan sokongan Syed Saddiq itu sebagai pengampu golongan elit. Saddiq yang biasanya mendapat beribu likes di tweeter kali ni hanya mendapat ratusan likes sahaja dan tidak mencecah 1,000 likes.

Saddiq cuba mempertahankan beliau mempertahankan gaji minima, cadangan pengenaan cukai kepada pengusaha, menentang direct nego dan sebagainya.

Akan tetapi beliau dikecam dengan lebih teruk dengan netizen memperingatkan beliau tentang kurangnya realiti kejayaan di bawah kerajaan Pakatan Harapan dahulu. Beliau juga dikritik kerana tidak pernah bersuara tentang Tan Sri Daim Zainuddin yang tersenarai dalam Pandora list yang dilaporkan terlibat dalam kegiatan mencuci wang di akaun luar negara. Keengganan tersebut dikatakan adalah disebabkan oleh keakraban beliau dengan Tun Dr Mahathir dan juga dikenali sebagai kroni rapat Tun Daim.


Sokongan terhadap Nizar Razak juga dikecam hebat kerana Tony Fernandes juga tersenarai dalam kumpulan yang dibawa oleh Nizar tersebut. 

Netizen membangkitkan kes-kes penipuan yang dikatakan terpalit dengan Tony dan Air Asia contohnya seperti isu rasuah AirAsia-Airbus dan penipuan pemulangan semula tiket pengguna AirAsia.

Gambar Syed Saddiq bersama Vincent Tan di dalam sebuah majlis PPBM juga dinaikkan untuk mengingatkan beliau tentang bagaimana beliau mempunyai hubungan sangat rapat dengan taikun dan bukannya mempunyai sejarah yang melawan waikun mahupun elitis.

Netizen secara amnya mempersoalkan karekter seperti Tony dan Vincent Tan tidak pernah ikhlas untuk membantu rakyat apabila mereka sendiri terpalit dengan rasuah dan sejarah menekan pengguna menerusi polisi syarikat mereka.

Post a Comment

0 Comments