Selepas saksi mati secara misteri, kini Guan Eng mohon keterangan saksi kes rasuahnya ditolak

 


Pasukan pembelaan Lim Guan Eng membantahan terhadap bukti rakaman keterangan daripada pengasas dan pengerusi eksekutif Ewein Berhad Datuk Ewe Swee Keng.

Datuk Ewe, 53, sepatutnya dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-15 telah meninggal dunia selepas secara misteri terjatuh dari sebuah unit kondominium mewah di Jalan Kelawei, Pulau Pinang, hanya beberapa minggu sebelum dijadualkan memberi keterangan mendakwa Lim Guan Eng di dalam mahkamah.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin mengemukakan bahawa kenyataan SPRM itu boleh diterima secara sah sebagai bukti kerana pihak pembelaan gagal mencabar bahawa mendiang Ewe telah bercakap benar dan tidak dipaksa untuk memberi keterangan tersebut.

Selepas mendengar penghujahan oleh kedua-dua pihak, hakim Azura Alwi menetapkan 13 Disember ini untuk memutuskan perkara itu.


Guan Eng berdepan pertuduhan menerima rasuah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu sebuah syarikat mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, Georgetown antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Mengikut pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur pada Mac 2011.

Setiausaha Agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.


Post a Comment

0 Comments