Harga naik adalah kesan daripada Lockdown yang meleret-leret Muhyiddin

 


Sebenarnya sejak zaman Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri pun harga barang telah merekodkan kadar kenaikan dan kerap mencecah paras tertinggi 

Jika dirujuk kepada Indeks Harga Pengeluar, harga barangan sudah naik mendadak sejak bulan Januari 2021. 

Indeks Harga Pengeluar ialah indeks yang mengukur kadar perubahan kos pengeluaran tempatan bagi barang-barang dan lazimnya, kenaikan itu ataupun kos pengeluaran akan membawa kepada kenaikan harga barang-barang bagi pengguna beberapa bulan kemudian. 

Sebab itulah Datuk Seri Najib telah memberi amaran sejak bulan Jun 2021 lalu bahawa inflasi akan menjadi masalah yang semakin besar pada bulan-bulan mendatang serta jika dilihat pada kadar kenaikan Indeks Harga Pengeluar yang dalam pattern menaik secara mendadak akibat dasar-dasar kerajaan PN yang kurang bijak serta situasi darurat dan lockdown pandemik. 


Hairan juga apabila melihat jentera PPBM yang sekarang sedang menyerang Datuk Seri Ismail sedangkan hampir semua menteri-menteri yang menjaga dasar-dasar berhubung dasar kewangan, ekonomi, perdagangan antarabangsa, pertanian dan perladangan yang berkait dengan kenaikan harga barang dan khususnya bahan makanan juga adalah dari parti PPBM-PN. 

‘Jadi, kenapa pula kenaikan harga barang sekarang tiba-tiba adalah salah PM9, salah Najib atau salah Umno dan salah BN menang PRN Melaka?” tanya beliau di dalam ruangan facebooknya.

Post a Comment

0 Comments