Dalam interview baru-baru ni Tommy Thomas mengakui bahawa Tan Sri Zeti dan suaminya “facilitated” , membantu atau bersubahat dengan Jho Low tapi tak diambil tindakan sebab kononnya siasatan belum selesai.
Namun persoalan timbul tentang bagaimana tuduhan boleh difailkan terhadap Datuk Seri Najib Razak jika siasatan terhadap pihak yang bersubahat masih tidak lengkap?
Adalah mustahil untuk pihak penyiasat mahupun pendakwaraya untuk memgetahui perkara sebenar jika pihak yang bersubahat dengan Jho Low sendiri masih belum disiasat dengan sempurna?
Namun yang menjadi tanda tanya adalah adakah ianya betul belum selesai atau ianya adalah tindakan jahat oleh kerajaan ketika itu untuk menyembunyikan perkara sebenar?
Ketika prosiding kes 1MDB sedang berjalan, pihak pembelaan Datuk Seri Najib pernah memfailkan permohonan untuk mendapatkan dokumen bank berkaitan akaun yang digunakan oleh Zeti dan keluarga untuk menerima wang habuan daripada Jho Low.
Akan tetapi, permohonan itu ditentang oleh pihak pendakwaraya Tommy Thomas dan hakim ketika itu.
Menyembunyikan kebenaran adalah perbuatan 'miscarriage of justice'
Kenapa perlu menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan pihak pembelaan Datuk Seri Najib?
Menyembunyikan perkara sebenar atau bukti yang boleh membersihkan nama Najib adalah suatu perkara 'miscarriage of justice' dan ianya ada sesuatu yang sangat keji dan zalim.
Daripada bukti-bukti baru yang terbongkar ianya menunjukkan seolah apa yang dipertahankan oleh Raja Petra selama ini adalah benar bahawa ianya hanyalah sebuah konspirasi 4 Tan Sri untuk mengenakan Najib.
0 Comments