PPBM sedang menyusun serangan untuk jatuhkan Ismail Sabri

 

Afif Bahardin - Malaysia Gazette

Bersatu dilihat sedang menyusunkan propaganda untuk menumbangkan Perdana Menteri Perikatan Nasional sendiri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ianya jelas dilihat lebih-lebih lagi apabila jentera mereka kelihatan telah digerakkan untuk menaikkan semula populariti Muhyiddin dengan menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

Terbaru ialah apabila Timbalan Ketua Penerangan II Bersatu Malaysia, Dr Afif Bahardin bahawa Bersatu akan berusaha untuk menjadikan Muhyiddin sebagai perdana menteri, sekali lagi.

“Kita akan usaha untuk jadikan beliau sebagai Perdana Menteri kita semula. Muhyiddin ini orang ada prinsip dan dia melawan kebobrokan. Hari ini kita dapat lihat kepimpinan beliau tidak sekali lari demi hanya kerana nak pertahankan jawatan,” katanya.

Afif menyatakan demikian pada Persidangan Tahunan Bahagian Bersatu Shah Alam baru-baru ini.

Manakala Page-page propaganda facebook PPBM-PN utama pun telah memulakan serangan bertubi-tubi ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.


Isu utama yang mereka gunakan sekarang ialah harga barang naik biarpun sebenarnya inflasi sudah mula naik mencanak dan harga sering cecah paras tertinggi masa Muhyiddin jadi PM

Yang menghairankan kita ialah menteri-menteri dalam kerajaan Ismail Sabri juga merupakan menteri utama yang mengatur dasar ekonomi, pertanian, kewangan, perladangan yang mempengaruhi harga barang khususnya harga makanan juga adalah dari parti yang mahu tumbangkan Ismail.

PPBM menyerang Perdana Menteri berkenaan isu harga barang naik padahal menteri PPBM sendiri yang bertanggung jawab atas dasar-dasar yang disebabkan harga barang naik. -- AMANnews




Post a Comment

0 Comments