Lompat Parti: Katak Politik masih belum ambil iktibar daripada PRN Melaka

 


Walaupun perilaku Lompat Katak di kalangan ahli-ahli politik telah menerima kecaman hebat daripada rakyat selepas kejatuhan kerajaan negeri Melaka, namun fenomena itu tidak menunjukkan tanda untuk berhenti. 

Terbaru ialah Dr. Maszlee Malik yang disahkan telah selamat melompat ke parti PKR yang merupakan parti ke-4 beliau dalam masa 4 tahun. Pertama iaitu PPBM kemudian Pejuang, lepas tu bebas dan sekarang PKR pula. 

Seterusnya ialah Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi yang  mengumumkan beliau telah keluar dari Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk melompat ke parti PPBM. 



Kemudian yang mengejutkan ialah laporan 13 wakil rakyat dijangka masuk Parti Bangsa Malaysia yang diramalkan bakal dilancarkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin. 

Mereka ini berkemungkinan daripada katak-katak kem Azmin yang melompat dari PKR ke dalam parti PPBM dan sekarang dilaporkan akan melompat ke parti baru pula. 

Budaya lompat katak ini telah dihukum oleh rakyat Melaka di dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka lalu yang kemudiannya mereka memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan baru untuk menerajui negeri Melaka. 

BN kini dilihat lebih konsisten dan stabil berbanding parti-parti lain yang terdedah kepada budaya lompat parti yang menyebabkan kerapuhan kerajaan yang boleh tumbang pada bila-bila masa.

Rakyat nampaknya telah letih dengan perubahan kerjasama politik dari masa ke semasa hanya untuk memenuhi kepentingan politik sesetengah pihak tanpa mengira kesan yang bakal dihadap oleh rakyat di bawah.

Post a Comment

0 Comments