Kenaikan harga sayur menerima pelbagai pandangan di media sosial termasuklah di kalangan pemimpin tanpa mengira latar belakang warna bendera parti.
kenaikan harga barang pasca covid yang berlaku sejak tahun lepas di seluruh dunia dan bukan hanya berlaku di Malaysia.
Tapi tiada sebab untuk kita panik pun.
Pertama sekali kita perlu sedar akan perubahan pattern menaik kenaikan harga mengikut perbandingan tahun ke tahun 'year-on-year' basis. Sebenarnya beberapa faktor yang menjadi penyumbang kepada perkara ini.
Sebelum ini, banyak kilang yang terpaksa tutup yang menyebabkan barangan kurang di dalam pasaran begitu juga larangan import barangan yang turut menyumbang kepada kekurangan barangan di dalam pasaran yang memaksa kenaikan harga barangan tersebut akibat permintaan yang tinggi berbading supply yang kurang.
Lockdown dan darurat
Ini berlaku dalam senggang masa yang panjang akibat lockdown separuh masak yang terlalu lama.
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara yang jatuh secara rasmi ke status kemelesetan ekonomi teknikal pada ketika ini berbanding negara jiran bagi suku ke tiga 2021.
Kemelesetan teknikal itu bermaksud ekonomi mencatatkan penguncupan selama dua suku tahunan berturut-turut.
Menurut beliau, perkara itu berlaku berikutan Malaysia merupakan satu-satunya negara dalam dunia yang mengumumkan darurat untuk menggantung parlimen “dengan alasan nak melawan Covid tetapi sebenarnya sebab mereka mahu kekalkan kuasa.”
“Indonesia mencatatkan pertumbuhan 3.5 peratus, Singapura 6.5 peratus, Filipina 7.1 peratus, Thailand menurun sebanyak 0.3 peratus, manakala Malaysia pula mengalami penurunan 4.5 peratus.”
Kemudian, apabila kilang dibuka semula dan pengeluaran kembali bertambah masalah yang timbul selepas itu di sektor pengangkutan di mana lori dan kapal menjadi terbeban akibat kekurangan tenaga kerja pula.
Menurut laporan berita, banyak kapal masih tersadai tengah laut disebabkan masalah untuk memunggah turun kargo di pelabuhan. Antara sebabnya, masih ada kerja kosong yang belum diisi sejak tahun lepas yang antaranya disebabkan oleh larangan pengambilan pekerja asing oleh kerajaan.
Itulah secara kasarnya, apa yang terjadi di dalam ekonomi sekarang iaitu "supply chain bottleneck' di mana barangan sedang banyak dihasilkan akan tetapi distribution network pula yang 'tercekik'.
Walaupun mengambil kira cabaran yang sedang dihadapi oleh pihak kerajaan, namun apa yang penting ialah perlunya inisiatif untuk mengurangkan beban yang bakal ditanggung oleh golongan B40.
Antara inisiatif yang boleh diambil ialah penyaluran tambahan 'cash handout' seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Sara Hidup (BSH), mahupun BR1M untuk menyerap kenaikan itu lantas memberi kelegaan kepada rakyat yang berpendapatan rendah.
0 Comments