sumber: Malaysiakini |
Sekumpulan ahli akar umbi PKR dilaporkan telah membuat bantahan di hadapan pusat khidmat Adun Bilut daripada DAP Lee Chin Cheh semalam berhubung gesaannya supaya presiden PKR Anwar Ibrahim berundur sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH).
YB Lee membuat kenyataan secara terbuka menghentam Anwar berhubung prestasi hambar PH pada pilihan raya Melaka dan mempersoalkan keputusannya menerima pembelot Umno sebagai calon PH.
“Anwar merupakan mangsa budaya katak, tetapi kini PKR Pahang mempertahankan budaya katak demi melindunginya.
“Tingkah laku wakil-wakil itu telah menunjukkan PKR Pahang bersetuju dengan budaya katak,” katanya lagi.
Sehubungan kejadian tersebut, Naib Ketua Pemuda DAP Pahang Chris Shan mengutuk sekeras-kerasnya terhadap wakil-wakil akar umbi PKR Pahang yang membawa keriuhan di Pejabat Adun Kawasan Bilut pada petang semalam.
Sumber: japantimes |
“Jika PKR Pahang tidak bersetuju dengan kenyataan YB Lee, maka mereka boleh menyangkal dan mengemukakan bukti untuk menunjukan tuduhan itu salah, dan bukannya membuat keriuhan secara besar-besaran seperti samseng,” katanya dalam satu kenyataan.
Berhubung dengan kenyataan terhadap Anwar Ibrahim pula Shan berkata PKR sepatutnya mengkaji semula punca kekalahan mereka di Melaka dan bukannya menghabiskan masa untuk program keriuhan itu.
Dia menegaskan bahawa Pemuda DAP Pahang akan terus menyokong Lee dan keputusan untuk tidak menarik balik gesaannya. -- AMANnews
0 Comments