Viral pulak cerita Ahli Parlimen makan udang galah di bilik Ketua Whip Ahli Parlimen PN.
Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran mendakwa, hidangan bermula 13 Julai hingga 27 Ogos ini menelan belanja sehingga RM10,000 yang ditaja oleh kementerian dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Tapi menurut pegawai Ahli Parlimen Padang Terap, Saudara Aizat Azam, menerusi akaun Twitter beliau menyatakan bahawa tiada duit kementerian, GLC atau duit rakyat digunakan untuk membayar jamuan pada tarikh 13 Julai tersebut seperti di dalam gambar yang diviralkan
Menurut beliau, bil jamuan hari tersebut dibayar sendiri oleh Ahli Parlimen Padang Terap sendiri iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid menggunakan duit poket sendiri manakala jumlahnya juga jauh lebih rendah daripada RM6,000 seperti yang didakwa
"Sebagai pegawai Ahli Parlimen Padang Terap, saya mengesahkan bahawa pd 13/7, MP Pdg Terap telah belanja hidangan sptmana tersebut di bawah menggunakan duit poket sendiri, tiada sesen duit TNB yang terlibat, dan jumlah bayaran jauh berganda lg rendah dr 6k" katanya
Ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) mempunyai amalan giliran membayar belanja makan tengah hari sejak menjadi pembangkang tak lama dahulu, dan amalan tersebut diteruskan walaupun sudah menjadi sebahagian daripada kerajaan.
"MPBN telah memulakan amalan giliran MP yang belanja makan tengahari sejak sidang Julai 2018. Saya ketika itu sbg peg di Pejabat Ketua Whip BN. Semua MP akan gunakan duit mereka sendiri utk biayai hidangan lunch. Pakat2 gilir untuk belanja , dan kini lps jd Kerajaan pun sama juga", tambahnya
Sebaliknya Pengurusan Parlimen mengesahkan hidangan untuk Perdana Menteri dan tetamu khas di majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen sememangnya dihidangkan daging Wagyu
Menurut menu pada hari tersebut adalah nasi putih, dada ayam kuah percik, udang harimau goreng mentega, daging wagyu masak kicap kentang, rusuk kambing goreng berempah, tauhu Jepun kukus dengan brokoli, gado-gado, kuah kacang, buah-buahan dan air jus.
0 Comments