"Tiada tabung ditubuhkan untuk membeli tanah Kampung Baru seperti yang dijanjikan PH" - Johari Ghani


Kita masih ingat bagaimana ketika pentadbiran Pakatan Harapan berusaha untuk memujuk pendudukan Kampung baru supaya menjual tanah mereka dan mengumumkan pembelian setiap tanah Kg Bharu dengan nilai RM1,000 kaki persegi

Alangkah terkejutnya apabila Datuk Seri Johari Ghani mendedahkan rupa-rupanya kerajaan PH sebenarnya tidak pernah menyediakan sebarang peruntukan membeli tanah Kg Bharu, tidak ada sebarang agensi kerajaan yg ditubuhkan untuk membeli tanah ini, dan bahawa kabinet pada ketika itu juga tidak pernah  meluluskannya.



Tidak ada sebarang syarikat swasta atau pelabur pun yang tampil kehadapan yang sanggup membayarnya, itu pun hanya diketahui selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

"Apabila kerajaan PH jatuh barulah saya tahu" dedah beliau melalui hantaran facebook rasminya.

Ini sangat mengejutkan apabila ianya menunjukkan bahawa usaha Khalid Samad untuk mendapatkan tandatangan pemilik-pemilik tanah Kg Baru adalah tidak bersandarkan kepada apa-apa komitmen daripada kerajaan PH ketika itu, tak kira dalam bentuk kewangan mahupun persetujuan.



Johari juga mempersoalkan kenyataan terbaru Khalid Samad mengenai peratusan sebenar pemilik tanah Kg Baru yang bersetuju,



"Dulu cakap 90% pemilik tanah Kg Bharu dah setuju? Sekarang tukar pulak 60%? Kalau betul kenapa tak beli tanah pemilik yang dah bersetuju tu dulu?"

"Peratus persetujuan pun tipu juga ke?" tambah beliau

Terlalu banyak kecelaruan di dalam isu penjualan tanah Kg Baru ini dan ianya lebih mengejutkan apabila Khalid Samad hanya berusaha untuk mendapatkan tandatangan penjualan tanah tanpa menubuhkan sebarang tabung khas, mahupun agensi khas yang menguruskan pembangunan Kg Baru seperti yang dicanangkan sebelum ini.


Post a Comment

0 Comments