TABUNG HAJI gagal membentang laporan kewangan 2018 & 2019 , Dimana silapnya?




Tanggal 14 Julai 2020, Parlimen didedahkan dengan perkhabaran LEMBAGA TABUNG HAJI (TH) gagal membentang laporan kewangan 2018 dan 2019 iaitu, sepanjang pentadbiran Pakatan Harapan.

Perkara tersebut dibangkitkan oleh Ahmad Maslan (PN-Pontian) semasa mencadangkan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong dan terus mempersoalkan tindakan TH yang tidak membentangkan laporan kewangan TH sepanjang pemerintahan PH.

"Kenapa sehingga hari ini, dua tahun berturut-turut laporan kewangan TH sepanjang PH memerintah pada 2018 dan 2019 tidak pernah dikeluarkan dan dibentangkan di Parlimen? Apakah laporan tahunan TH diaudit?

Jelasnya, kegagalan membentangkan laporan berkenaan di Parlimen melanggar Akta 240, Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980.



"Kegagalan TH membentangkan laporan dua tahun ini jelas melanggar Seksyen 5, 7, 8, 9 Akta Badan-Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) (Akta 240). Macam mana boleh umum hibah apabila akaun tidak diaudit? Sekali gus bertentangan dengan Akta 22 TH," katanya yang dipetik Astro Awani

Perkara tersebut juga tidak ditentang oleh pemimpin Pakatan Harapan ketika itu.

Ahmad Maslan juga mendedahkan sebuah surat yang menyatakan aset hartanah dan hotel Tabung Haji dijual kepada pihak luar.

Satu surat Tabung Haji bertarikh 3 Disember 2019 kepada Urus Harta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) yang ditandatangani oleh Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji mendedahkan menteri agama waktu itu meluluskan pengecualian hak penolakan pertama atau first right of refusal bagi 18 aset hartanah Tabung Haji yang sudah dipindahkan ke UJSB.

"Dengan bahasa mudah, menteri pada waktu itu menggunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Tabung Haji 1995 untuk melepaskan hak Tabung Haji membeli semula aset hartanah bagi membolehkan semua aset Tabung Haji berkenaan dilelong.



"Jika ini benar-benar dilaksanakan, hartanah Tabung Haji termasuk hotel-hotel Tabung Haji di beberapa lokasi strategik seluruh negara, seterusnya prospek keuntungan tinggi akan hilang buat selama-lamanya daripada pegangan Tabung Haji," katanya yang dipetik Berita Harian

Ia membuatkan  Mujahid Yusof Rawa (PH-Parit Buntar) bingkas bangun beberapa kali memohon untuk mencelah.

Tanpa keizinan pun, Mujahid terus bersuara dan mendesak Ahmad menarik balik istilah 'dilelong' yang digunakan kerana disifatkan sebagai unparliamentary atau bercanggah dengan peraturan Parlimen.






Post a Comment

0 Comments