Perbuatan sesetengah Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang bertindak menyerang Datuk Azhar Harun, Speaker Dewan Rakat menonjolkan sifat kebudak-budakkan Ahli Parlimen PH oleh kerana ianya bersifat peribadi sehingga tidak menghormati kemuliaan peraturan Dewan Rakyat.
"Rakyat boleh menilai sendiri, serangan kasar Ahli Parlimen pembangkang yang menjerit dan mengganggu Azhar ketika beliau mengangkat sumpah Yang Di-Pertua Dewan", kata Datuk Kamaruddin Jaafar (Bandar Tun Razak-Bersatu), Datuk Seri Dr Edmund Santhara (Segamat-Bersatu), Ali Biju (Saratok-Bersatu) dan Jonathan Yasin (Ranau-Bersatu)
Lantikan Datuk Azhar sebagai Yang Di-Pertua Dewan dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4 (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, yang mana ianya seperti yang dilakukan ketika lantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang Di-Pertua Speaker Dewan Rakyat pada Jun 2018.
Peraturan Mesyuarat 4 (3) menyatakan jika hanya seorang atau satu nama dicadangkan dan disokong sebagai YDP Speaker, orang itu boleh terus diiystiharkan sebagai Speaker Dewan tanpa soal, bagaimanapun jika lebih daripada satu nama dicadangkan, maka undian haruslah dibuat.
0 Comments