Pembayaran BSH fasa ketiga bermula Jumaat

Pic- NSTP
Pembayaran Bantuan Sara Hidup atau BSH 2020 Fasa Ketiga akan dilaksanakan mulai Jumaat ini, iaitu 24 Julai 2020 

Manakala tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 7 Ogos 2020 hingga 6 September 2020.


Ia membabitkan peruntukan berjumlah RM3 bilion yang memanfaatkan hampir 4.28 juta penerima merangkumi 3.75 juta isi rumah 

Menurut kenyataan, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, katanya, pembayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember.


Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Post a Comment

0 Comments