Malaysia hantar pulang 5,951 pendatang tanpa izin sepanjang PKP, Tapi pendatang China selalu terlepas


Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN, seramai 5,951 tahanan di Depot Tahanan Imigresen dihantar pulang sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula 18 Mac sehingga 1 Julai.

Daripada jumlah itu seramai 4,110 adalah rakyat Indonesia; Thailand (637); Myanmar (391); Pakistan (380); Bangladesh (279); China (73); India (26); Sri Lanka (11) dan lain-lain 44 orang.

"Dari 1 Jan hingga 2 Julai 2020, Jabatan Imigresen telah melaksanakan 4,301 operasi yang melibatkan pemeriksaan 68,033 orang warganegara asing. Hasilnya, seramai 17,473 pendatang tanpa izin dan 250 orang majikan, telah diambil tindakan undang-undang.




"Daripada jumlah itu, warganegara Indonesia mencatat jumlah tangkapan yang tertinggi iaitu 6,514 dan diikuti Bangladesh seramai 2,964 orang dan bakinya adalah Filipina, Myanmar, Thailand dan lain-lain," menurut KDN dalam jawapan bertulis yang dipaparkan di laman web Parlimen, bagi menjawab soalan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru).

Daripada kenyataan KDN ini menimbulkan tanda tanya, mengapakah bilangan jumlah pelancong India dan China terlalu sedikit , memandangkan kita semua tahu bahawa, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga tahun 2019.

Menurut laporan itu sepanjang 2016 hingga 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar.



"Bagi warga India pula, kemasukan yang dicatatkan ialah 41,243 antara 2017 dan 2018 tetapi 39,806 atau 96.5 peratus tidak mempunyai catatan tarikh keluar.

Mengapakah pelancong-pelancong ini selalu terlepas?

Post a Comment

0 Comments