Kerajaan PN akan hentikan penjualan 9,108 ladang sawit yang dimulakan ketika pentadbiran kerajaan PH


Kerajaan akan menilai semula beberapa penjualan aset Tabung Haji yuang dibuat ketika pentadbiran kerajaan PH sebelum ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary.

Antaranya ialah penjualan 70 peratus kepentingan ekuiti dalam THP-YT Plantations Sdn Bhd yang memiliki  2,594 hektar ladang sawit dan Bumi Suria Ventures Sdn Bhd yang memiliki 6,514 hektar ladang sawit

Syarikat Bumi Suria yang dilaporkan dijual kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd dan semakan mendapati ianya adalah syarikat bukan milik Bumiputera dimana 5 pengarah Tamaco adalah Lim Sing Hua, Lim Chun Leng, Lim Wai Foong, Lim Chun Hsiung dan Lee Ban Loong.



Marzuk berkata, dengan penjualan 14 daripada 19 subsidiari TH Plantations, saiz ladangnya akan berkurang daripada 100,976 hektar kepada 24,000 hektar.

Di dalam hujah beliau di Dewan Rakyat hari ini, beliau mendedahkan Tabung Haji telah menjual 14 daripada 19 subsidiari TH Plantations, yang membuatkan saiz ladangnya berkurang daripada 100,976 hektar kepada hanya 24,000 hektar.

Ini bermaksud, TH telah menjual 7,6976 hektar ladangnya iaitu sekitar 80 peratus keseluruhan ladangnya ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan


Post a Comment

0 Comments